Monday, June 13, 2011

emm.."satay paling sedap"

GAMBAR HIASAN




Satay ni memang sedap menurut seorang pakcik yang tinggal di Taiping,
memang terkenal satay yang luar biasa terutama satay daging, penjualnya
juga persis wak yang memakai songkok bagai seorang Islam, sedara
pakcik yang kat singapore pun bila datang Taiping pasti nak makan satay
ni dah jagi ketagih...yang mana akhirnya kantoi juga...satay hanjing....
Kiranya keenakan luar biasa dah jadi ketagihan sila siasat....
(kisah ini telah lama berlalu)


--- Nor'ain Eusoff wrote:
Assalamu'alaikum
Bercakap pasal anjing ni, saya teringat di masa saya sedang bersekolah dulu
di Klang mak saudara saya menceritakan bahawa jirannya termakan sate daging
anjing. Kisahnya begini, suatu hari tu adalahseorang yg kalau tengok
sekali lalu, macam Melayu. Dia bermotosikal aje danterpekik-pekik menjual
rumah mak ngah ni, barulah tahu dia jual sate. Heran gak orang tua tu sebab
petang-petang buta dah ada orang jual sate, dahlah tu naik motosikal pulak.
Jadi, yg jiran mak ngah ni tahanlah pak cik jual sate... tanya punya tanya...
katanya dia jual sate petang dari rumah ke rumah sebab malam nya nanti dia
akan berniaga kat restoran pulak. Sambil tu, katanya isterinya di
rumah sedang menyiapkan sate yg akan dijualkan pada waktu malam pulak. So
yg jiran ni tanpa ada syak wasangka, belilah beberapa cucuk (konon nak
cuba, kalau sedap lain kali oleh beli lagi!). Dah tu, kawan ni pun makanlah
sate.....Wow! katanya, boleh tahan sate si "Wak" tu. So,dia cakap kat wife dia, esok
Balik dari kerja nanti,bolehlah dia makan untuk minum petang sekembali dari
pejabat.So... the next day wife dia pun tunggulah si penjualsate. Lega sebab dia
datang pada masa yg sama, tak payah nak tunggu lama..... member pun belilah
lebih sikit kali ni sebab sedapnya bukan main! Begitulah setiap hari..
sampai mak saudara saya ni jadi "curious", nak tahu sedap sangat ke sate yg
dibeli tiap-tiap hari tu. Tapi, mak ngah sayamemang cerewet. Dia bukan
boleh kalau sembarangan aje...... dia ni"suspicious" sikit orangnya.
inside her heart she reallywanted to taste the satay. So, dengan teragak-agak,
tak terjamah jugak satetu..... Tuhan tu maha kaya...... tengah dia nak
menjamah, datanglah anakkecil jiran ni menyergah dia, langsung sate tu
jatuh... kotorlah... so takjadilah mak ngah makan.... Kata Mak Ngah, "tak ada
rezeki aku agaknya".....hhhhmmm...
Dipendekkan cerita, si suami jiran ni pun dah mularasa "suspicious"...
kenapa bila makan aje satay tu, lepas satu nak dua,lepas dua nak tiga and
then bila habis mesti ingat nak beli lagi! Dah kes
parah ni! One thing,dia memang perasan, everytime Wak tu datang jual,
dia adalah pembeli yang terakhir, seolah-olah kawasan itu memang kira "last
kopek" punya area yg nak di"cover"...... Dia ni pun, pada satu hari
Allah Ta'ala gerakkan hati dia, secara senyap-senyap dia mengekori si
"Wak" tu dengan seorang kawan...... alangkah terperanjatnya dia bila
dia tengok tempat tinggal wak tu penuh dengan anjing; berbagai rupa anjing,
anjing kurap, anjing kecik, anjing besar, yg "sheppard" tapi dah
berkurap, and then depa tu main tetak-tetak aje nak matikan anjing tu....nampaklah
jugak tempat dia membakar satay & memang ada tempat yg khas untuk
"mengerjakan" daging anjingtu jadi satay. Ada 2 orang pekerja nampaknya...!
Apa lagi, kawan tutermuntah-muntah kat kereta dia Rupa-rupanya... barulah dia tahu sate
yg dia makan
sedap tu adalah sateanjing. Balik rumah nak cerita kat wife dia pun
serba salah, tapi ceritajugaklah.... tu yg mak ngah dapat tahu & cerita pada
kami. Mulai daricerita mak ngah, kami semua takut nak makan sate,
terbayang-bayang daging tu daging anjing... walaupun kita tahu siapa yg jual.
"Phobia" yg amat sangat. Kes yg tadi tu jadi kes polis. Dia adalah orang
Indonesia yg loghat diamacam loghat Jawa biasa, tak macam loghat Indonesia
yg pekat. Penjual tumenjual satenya di kawasan mak ngah sebab dia dah
banyak jual kat area Cina, jadi yg last-last kopek punya dia jual kat
area Melayu/Islam. That was why bila nak habis, baru dia datang ke area
Melayu, saja nak kenakan...hah.. padan muka, kena tangkap! Kalau tidak, sedap
aje makan sate anjing,ish.... geli geleman teman, oiiii....!Jadi hati-hatilah..jangan ingat
yang sedap tu SEMUA nya halal.... checkdulu...OK. Wassalam

Sumber: 'fairlady.shania'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...