Monday, July 25, 2011

Makanan yang tak boleh digabung dengan ubat



Salam..kali nie nak kongsi info tentang kalau kita nak makan ubat jangan gabungkan dengan beberapa makanan yang dipercayai lebih memudaratkan.














Makanan memang menjadi sumber energi yang penting bagi tubuh. Tapi beberapa makanan diketahui boleh menimbulkan interaksi dengan ubat tertentu. Ketahui makanan apakah yang tidak boleh digabung dengan ubat.

"Kuncinya adalah tidak mengubah secara drastik pola makan saat minum ubat tertentu, tapi tanyakan pada dokter mengenai potensi interaksi yang mungkin terjadi," ujar Dr jane Alder, pensyarah farmakologi dari University of Central Lancashire, seperti dikutip dari Dailymail, Selasa (17/5/2011).

Dr Alder akan menjelaskan beberapa makanan yang sebaiknya tidak digabungkan dengan ubat tertentu karena boleh membuat ubat jadi tidak berguna atau justru berbahaya yaitu:

Jus buah
Grapefruit mengandung senyawa yang disebut dengan furanokumarin yang boleh mencegah enzim dalam usus untuk menjaga benda asing tetap berada di luar, sehingga tidak bekerja secara optimal. Keadaan ini akan membuat lebih banyak ubat yang diserap sehingga keberkesannya boleh 2-3 kali ganda dari dos yang dianjurkan.

Sebaiknya tidak mencampur jus grapefruit dengan ubat untuk mengubati irama jantung abnormal, antidepresan, antihistamin (ubat alergik), statin dan ubat anti kejang. Sedangkan jus cranberry dan jus delima boleh memperlambat kecepatan hati untuk memecah pencairan darah ubat dan pada ubat antidepresan boleh menyebabkan penurunan keberkesanan ubat.







Makanan fermentasi
Makanan hasil fermentasi seperti keju yang mengandung tyramine dalam kepekatan tinggi boleh menyebabkan 'sindrom keju'. Tyramine akan bereaksi dengan ubat antidepresan yang disebut monoamine oxidase inhibitor (MAOIs) dengan mencegah enzim yang berfungsi mencerna senyawa. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan darah tinggi yang berbahaya.



Daging panggang
Penderita asma harus menghindari daging panggang karena kandungan karbonnya boleh membentuk senyawa yang mencegah ubat asma dengan teofilinn bekerja secara optimal. Selain itu karbon ini juga boleh memicu serangan asma meskipun sudah mengambil obat.

Sayuran hijau
sebagian besar sayuran hijau termasuk bayam, kobis dan teh hijau mengandung kadar vitamin K yang tinggi dan boleh memicu pembekuan darah. Jika diambil dengan ubat pencair darah akan membuatnya menjadi tidak berguna.



Kalsium dalam susu boleh mengikat tetrasiklik dan minosiklik dari antibiotik. Jika kandungan antibiotik ini digabung dengan mineral akan membuatnya tidak larut dalam usus sehingga tidak diserap oleh tubuh. Mengambil susu setengah liter boleh mengurangi keberkesanan antibiotik hingga 80 persen. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan ubat osteoporosis. Hindari minum susu dalam waktu 2 jam sebelum minum ubat.


Makanan berserat
Makanan yang tinggi serat boleh memperlambat penyebaran banyak ubat termasuk digoxin yang digunakan untuk mengatur detak jantung tidak teratur, ubat diabetes metformin dan mencegah penyerapan ubat penurun kolesterol statin. Tapi bukan berarti makanan berserat harus dihilangkan dari menu makanan, tapi hindari mengambilnya dalam waktu 2 jam sebelum minum ubat.

http://us.health.detik.com




Thursday, July 21, 2011

Hidangan makanan pengantin


























































































Minggu lepas pegi Gombak tolong mak untuk masak hidangan makanan pengantin..menu yang dicadangkan lebih kurang 5 jenis lauk...belum termasuk hidangan pencuci mulut tapi bila dah start masak jadi lebih lak..sayangnya x dapat snap sume gambar lauk2 tu..cuma 2 3 itu pun guna hp..kamera bateri abis lak time2 gini..aduyai!




































































































































































































































Aktiviti hujung minggu..baking2 lagi
















Salam...last week buat aktiviti membakar lagi..kite bakor jer alamak nie trademark ucop welcha..cuba buat kek american choc cake konon...tapi rupa kek macam choc moist lak hu hu ..resepi nie pun dapat kat kongsi resepi (sori lupa la nape penyumbang resepi tu)..sedap tang topping ganache tu.. baru 1st time tu yang deco masih tak cun lagi..klu semangat rajin datang nak try buat lagi & nak try deco ..insyaallah.Yang sebelah gambar lepas dah potong slice kek ..tengok tengah tu kedekut sangat letak ganache tu nipis jer lapisan..takpe2 lain kali buat letak tebal ...baru enak.















































































































































































































Monday, July 18, 2011

Kembang semangkuk..


Nak kongsi info..lagi kat sini tentang kembang semangkuk...sebab dah dekat2 nak puasa ni teringat pula dengan minuman laici kang..emm penghilang dahaga..selalunya minuman laici kang nie mesti ade bunga kembang semangkuk baru lengkap hidangannya..mari sama kita baca info tentang bunga kembang semangkuk nie
Kembang Semangkuk

Alangkah sedapnya meminum lai chi kang jika ditambah dengan buah longan dan juga kembang semangkuk. Terasa segar badan dibuatnya. Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.

Nama kembang semangkuk merujuk kepada semua spesies dalam genus scaphium spp.. Ke semua spesies tersebut menghasilkan biji yang mempunyai tisu yang akan kembang seakan jeli apabila direndam di dalam air. Biji kembang semangkuk yang kering adalah ukuran dari hujung jari orang dewasa, berwarna coklat dan mempunyai kulit yang kasar

Isi di sekitar biji kembang semangkuk yang kering mengembang sehingga lapan kali ganda daripada saiz asalnya jika direndam dalam air, tidak teratur bentuknya apabila kembang dan rupanya seperti gel kemerahan. Setelah direndam dan biji dibuang, isi kembang semangkuk biasanya dicampur dengan gula pasir putih, ais dan biji selasih (basil seeds) dan diminum sebagai minuman penyejuk badan.

Kembang semangkuk turut juga dikenali sebagai selayar, malva nut (Inggeris), sahm raawng (Thai) dan kapas-kapasan (Indonesia). Terdapat 4 jenis spesies pokok kembang semangkuk yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Spesis utama termasuklah S.linearicarpum, S.longiflorum, S.macropodum dan S.scaphigerum. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Sterculiaceae ini merupakan sejenis pokok balak dan banyak ditemui di dalam hutan hujan tropika dan di kawasan bertanah rendah terutamanya di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Myanmar. Setiap spesies pokok mempunyai ketinggian yang berbeza. Begitu juga dengan bentuk daun antara setiap spesies turut berbeza.
Nama sama spesies berbeza

Bagi spesies S.linearcarpum, daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur telur yang lebar atau hampir bulat. Bahagian pangkal lai daun berbentuk jantung, hujung lai daun agak bulat. Bahagian bawah daun mempunyai sedikit bulu. Pokoknya pula sederhana besar, setinggi 35 meter. Buah spesies ini berukuran 25 milimeter panjang manakala bijinya mempunyai bulu.

Bagi spesies S.longiflorum, daunnya jenis ringkas dan berbentuk memanjang atau bujur telur. Bahagian pangkal lai daun berbentuk bulat atau membulat manakala hujung lai daun agak bulat atau tajam. Permukaan bawah lai daun tiada atau ada bulu halus berwarna kuning. Pokoknya sederhana besar dan mempunyai ketinggian 35 meter. Buah spesies ini berukuran 15 milimeter panjang bijinya berbulu.

Bagi spesies S.macropodum, daunnya mempunyai variasi bentuk dan saiz yang terdiri daripada bentuk bujur telur yang luas, memanjang, bentuk mata lembing dan sedikit tirus. Pokoknya besar dan setinggi 45 meter dan mempunyai banir yang besar yang seing menjalar luas. Buahnya berukuran hingga 22 milimeter panjang.

Bagi spesies S.scaphigerum pula, daunnya jenis ringkas dan berbentuk bujur telur. Pokoknya jenis sederhana besar setinggi 36meter. Buahnya berukuran lebih kurang 20 milimeter panjang dan bijinya berbulu.


Rawat batuk kering dan pendarahan rahim

Biji kembang semangkuk mengandungi lebih kurang 60% basorin (bahan gam atau musilaj). Kulit biji yang kering lazimnya mengandungi 4.5% protein, 24% pentosan dan 40% karbohidrat. Selalunya biji kembang semangkuk akan direndam dalam air dan dicampurkan air gula lalu dijadikan minuman.

Sejukkan badan sewaktu demam

Selain sedap diminum, biji kembang semangkuk juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan yang tertentu. Biji kembang semangkuk dikatakan boleh direndam dalam air dan tisu buah yang kembang berwarna coklat diminum bersama air. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.

Ramuan ini dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan (hidung, perut, usus atau pundi kencing), penawar racun, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal, sakit mata, sakit gigi, cacing dalam perut dan usus, cirit-birit dan disenteri. Bijinya juga dikatakan boleh dibuat teh herba untuk merawat bronkitis dan juga dijadikan ubat luaran, selalunya air rendaman kembang semangkuk perlu diembunkan semalaman sebelum diminum
Pelbagai guna

Batang pokok kembang semangkuk yang agak ringan amat sesuai dibuat papan lapis, perabut, tangga, kotak, lantai lamina dan bilah mancis.

Selain itu, kulit kayu pokok kembang semangkuk juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan terutamanya untuk merawat disenteri, pendarahan rahim dan melawaskan pembuangan air kecil. Caranya adalah dengan mencampurkan kulit kayu dengan bahan herba lain dan kemudiannya direbus dan air tersebut kemudiannya diminum.
Resepi pilihan untuk kembang semangkuk

Bahan-bahan (5-6 orang)

* 6-7 biji kembang semangkuk
* 1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
* 12-14 biji buah mata kucing (kering)
* sepaket kecil biji selasih (basil seed)
* 7-8 ketul buah kabung/kundur
* 1 1/2 - 2 jag air

Cara-cara :

1. Rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang di dalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air. Buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya.
2. Basuh dan rendam biji selasih hingga kembang.
3. Masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yang berisi air kembang semangkuk tadi.
4. Masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung/kundur dan kacau.
6. Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air dan bolehlah padamkan api.
7. Masukkan biji selasih yang telah kembang tadi.
8. Sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat kembang semangkuk, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sumber : MisteriAlam #1265 dan En.Wikipedia

Sunday, July 10, 2011

Khasiat Pisang




Minggu lepas dok buat kek pisang..minggu nie nak citer pasal khasiat pisang..banyak khasiat pisang nie rupanya..info nie pun dapat dari seorang teman maya.Boleh makan pisang selalu senang nak dapat dan murah dari buah yg lain.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.

Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan


Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu. Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.

Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.





Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Pisang mampu buat anda gembira

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.

Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

Merangsang otak

Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.
Penampilan menawan

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1429 dan SihatSelalu

Friday, July 8, 2011

Kek Pisang











Hari sabtu sebelum buat kek besday mak..buat kek pisang..dari lebihan pisang yg dibeli di pasar tani..emm sedap..tapi rupa mcm tak menjadi..resepi ambik dari myresepi..tq pd kawan di myresepi yg menyumbang resepi. Resepi nye pun mudah kalau ade lebihan pisang tak tau nak masak aper leh la try kek pisang nie..




Kek Pisang




2 cawan tepung kek


1 sd kecil baking powder


1 sd kecil soda bikabonat


3/4 cawan gula


2 biji telur


1 1/2 cawan pisang yang telah dilenyek


1/4 cawan susu segar @ susu cair ( saya guna susu cair je)


1/2 cawan minyak jagung


1 sd kecil ovallete


esen vanilla @ pisang






  1. Ayak tepung & baking powder & soda bersama2


  2. Pukul telur hingga kembang


  3. Masukkan susu,minyak,pisang & ovallete..pukul lagi hingga sebati


  4. Masukkan tepung dan kaup & balik guna spatula


  5. Adunan dan rata tuangkan pada loyang yang telah dilapik dan digris


  6. Taburkan diatas dgn chocolate rice jika suka dan bakar selama 30 -40 minit suhu 180C.


Projek ujung minggu 3















Isnin 4hb Julai hari jadi mak...so ari ahad malam dah buat kek untuk besday mak..kek span blueberry..tapi hiasan simple x cantik mcm kat kedai kek tu la..baru nak belajar buat toping kek.. ni la hasilnya.
































Jom makan buah!!!



Jom makan buah...info ni dapat dari seorang kenalan maya...so nak share kat sini yang sepatutnya kita tau dari dulu lagi.

'sharing is caring' :)




EATING FRUITS
We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.

What is the correct way of eating fruits?

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.

FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil....

So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!

Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach.

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.

When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.

But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!

KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.
APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.

WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.

Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.


































Tempahan Biskut Raya 2011





















Mood raya dah datang..walaupun puasa belum lagi..he he
sana sini ramai yang dok sibuk tempah baju raya, langsir, kuih raya tapi klu kedai jahit tu..jangan harapla sume dah tutup order..so beli ready made jer la yer..ni nak cite pasal biskut raya..pada sesapa yang malas nak buat sendiri..order jer la :)





Gambar kat atas sample jer..nak tau lebih lanjut atau nak order jom lawat blog nie http://www.qnqcookies.blogspot/.... gambar cookies yang sepenuhnya dan harga ade kat situ.






Sama-samala kita support buatan bumiputra lagi halal.







































































































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.