Tuesday, November 22, 2011

Kuih Akok...hu hu

Cerita pasal kuih akok..nie terkilan sebab x dapat beli kuih nie bila dah smpai kat Kelantan...sebab otw ke KB..dah terlepas 2, 3 gerai..ingatkan kat Pasar Khatijah ade jual..tapi smpai sane x nmpk pun..hu hu...hampa..then bila buka email adalah pula kekawan yang anta info tentang kuih akok..siap resepi..he he so leh la try buat sendiri.. tapi moden style la guna oven..

Akok - pembuka selera
Posted by M Rajoli Al-Qlantani


Kuih AKOK merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Kelantan. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis, biasalah kuih Kelantan kan manis-manis. Kuih akok agak melekit dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain.

Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut. Bulan puasa ni akok cukup popular dan agak senang diperolehi terutamanya di bazar-bazar Ramadhan dimerata tempat.

Kuih akok amat popular di Kelantan dinegeri kelahirannya, dan ia juga popular di negeri lain di Malaysia memandangkan ia sudah terkenal serata negara dibawa oleh peniaga-peniaga makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini ke negeri-negeri lain.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...