Tuesday, December 13, 2011

Masak kuih...yg simple2 aje


Teringin nak makan kuih sagu..pegi myresepi jumpa lah resepi ni..pinjam jap resepi try buat untuk minum petang..mengimbau zaman kanak2 lak..suka beli kat kantin sekolah..xde rumit buatnye..bahan2 pun senang2 jer nak dapat.

Kuih Sagu @ Bronok
Bahan-bahan:

1 cawan sagu biji kecil
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Sedikit pewarna merah & perisa ros

1/2 biji kelapa parut putih sahaja*
1 sudu kecil garam* (gaul bahan bertanda * hingga mesra)


Cara-caranya:

1. Panaskan air, pewarna merah & perisa ros sehingga mendidih.

2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.

3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan ke dalam acuan lompang/loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak.

4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu menjadi jernih.


Nota:

1. Kuih ini boleh dikacau saja di dalam periuk sehingga sagunya bertukar warna dari putih hingga jernih. Namun, saya mengukusnya kerana dengan cara ini sagunya akan lebih cepat mengembang dengan sekata & saya tidak perlu mengacaunya lama-lama.

2. Sejukkan kuih ini sepenuhnya sebelum dikeluarkan/dipotong. Mengeluarkan kuih ini dari acuan lompang lebih mudah dari memotongnya. Setelah dikeluarkan ia boleh digolekkan di dalam kelapa parut yang bercampur garam itu tadi.

3. Ia juga boleh bertukar menjadi kuih sagu gula melaka dengan membuat kuah santan dan kuah gula merah. Kuih sagu gula melaka enak dimakan sejuk-sejuk.



Pastu..buat choc moist lak..ni versi kukus..memang mudah gak..ni buat saja nak makan2..bawa g ofis sikit..resepi ni pun pinjam gak..






Resepi : Kek Coklat Moist Kukus
Sumber : Munira Baharum

Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat - cuma guna 1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- guna sudu kecik KFC
* ayak bahan B sebanyak 3 kali

Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih

Cara2
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hgga semua larut & sebati. Bila dh mendidih ckit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejuk
2.Panaskn periuk kukusan
3. Masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A scara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Masa buat ni akak tapis adunan tu. Tekstur kek pn jd cantik. Adunan mmg agak cair4.Masukkn adunan ke dlam loyang yg telah digris ngn mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang ngn aluminium foil. Klau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam 15mint

Topping
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
1-2 sudu teh serbuk nescafe 3 in 1
1/4 cwn minyak
1/4 cwn susu cair
- masukkn semua skali dlm periuk & masak atas api perlahan hgga semua sebati. Pastu rasa sndri, apa2 yg kurang bleh tambahkn.. adjust ikut suka.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...