Monday, December 31, 2012

Petua Menghilangkan Bau Durian




Maklumla sekarang nie musim durian..mesti yang ramai dok beli durian kalau  kampung yang ade pokok durian siap bawa bekal durian lagi kat bonet kete tu..durian memang sedap...terbaik !! nie nak bagi petua nak ilangkan bau durian yang tertinggal dalam bonet kete..

Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan, khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta. Ada kalanya, bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada. Ada beberapa kaedah untuk membuang bau-bauan ini.
· Kaedah Pertama Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta). Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

· Kaedah Kedua Letakkan semangkuk serbuk penaik (Baking Soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak (eg. bilik / kereta).. Serbuk penaik akan menyerap bauan yang kurang enak tersebut. Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet, anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet anda. Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit. Kemudian, anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta, sofa, tilam dan lain-lain.

· Kaedah Ketiga Letakkan beberapa keping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Biarkan roti itu disitu untuk 1 atau 2 hari. Pasti bauan tersebut akan hilang di resap kedalam roti tersebut.

*Kaedah ini terbukti berkesan apabila saya mencubanya dengan meletakkan roti di dalam kereta saya yang baru di “spray” / cat semula. Saya menutup semua tingkap dan biarkan roti itu di dalam kereta selama 2 hari. Hasilnya, bau cat yang tidak sedap tersebut telah hilang sepenuhnya dari dalam kereta.

· Kaedah Keempat Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak. Arang akan menyerap kesemua bau-bauan tersebut.

· Kaedah Kelima Jika bauan tidak enak melekat ditangan anda, dan ianya tidak hilang apabila di basuh, anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau / oren. Gosokkan tangan anda kedalam jus tersebut. Kemudian, basuh tangan anda menggunakan air dan sabun.
Akhir sekali, lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah di letakkan cuka…. ·

Kaedah Kelima Beli Febreze dan sembur jer la. Ini pun memang berkesan juga.

Masak-masak di penghujung tahun 2012

Pejam Celik...dah sampai kepenghujung tahun 2012...arini nak upload resepi yang cuba 1st time..alhamdullilah menjadi...yea yea...sukanye..last week buat kek mentega marmar susu ni pinjam dari masam manis..saja gatal tangan letak whipping cream..
tapi belang marble tak secantik kat umah masam manis..biasala keras tangan camni la jadinye
 
 
resepi kek nie simple..dan bahan2 pun x banyak..rasa sedap..sebab aku memang suka makan kek butter..

KEK MENTEGA MARMAR SUSU
Sumber : Masam Manis (Azlita Aziz)
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat manis
100 g susu cair
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu teh kapucino emulco
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
Kepingan badam sebagai hiasan (aku sapu dengan whipping cream)

Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Pukul mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur satu persatu
Kemudian masukkan susu pekat manis
Pukul sehingga adunan sebati
Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
Ambil 1/4 adunan Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
Kacau rata Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
Diikuti adunan coklat kapucino
Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
Hiaskan dengan taburan kepingan badam
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit
atau sehingga kek dimasak sempurna


Disebabkan whipping cream ade lagi cuba masak pavlova lak..tapi versi mini..masuk dalam papercup jer..desert yang lama teringin nak buat akhirnye tercapai gak..sedapla..tapi kena kurangkan gula sikit la manis lak pula..letak anggur & kiwi..jer hiasan buahan kat atas tu..


 
Disebabkan anak-anak ku suka semalam aku buat lagi buat kasi berabis whipping cream yang berbaki...kali nie ade strawberry...memang sedap la..
 

Resepi pavlova ni pinjam dari masam manis...simple..cuba masak nak buat meringue tu jer...kena betul2..
 
 
PAVLOVA
Sumber : Azlita Masam Manis
4 biji putih telur 1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan
Sediakan loyang Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter 8inc
Terbalik kan kertas.
Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C
Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental. satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya
Bahan Hiasan Wiping Cream Strawberry - di dadu Kiwi - didadu blueberry Markisa Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi Hiaskan dengan buah-buahan segar .

Mufin Pisang Coklat


Aduih terbeli pisang yang dah masak sangat..mana boleh nak makan camtu..kena buat kuih nie...pastu..selak- selak buku 1 Hari 1 ResepiChef Hanieliza jumpa lak resepi mufin nie simple dan kaedah kukus..so dengan pantas mengodek barang2 yang ada kat dapur dan terhasil la untuk kudapan di masa menonton tv..
Rasanya inilah mufin yang senang sekali..nak dibuat ..yang penting mesti ada pisang..telur..serbuk koko..gula , tepung gandum je.. Caranya tepung gandum 2cawan diayak bersama dgn 2 sudu besar serbuk koko,1sdteh soda bikarbonat & 1 sd teh serbuk penaik kemudian masukkan dalam mangkuk besar dan masukkan pula pisang yg dilecek 1 cawan , 1 cawan minyak, 1 cawan gula perang dan 2 biji telur dan dickacau rata...masukkan dalam acuan kecil dan kukuskan selama 20 minit atau sampai masak. So dah siap kejadian macam kat atas tu..

Monday, December 17, 2012

Rajinnyer..."rajin la sangat"

Mood rajin dah datang...rajinlah sangat setakat buat kek choc moist dengan sherperd pai yang senang nie..he he..maka terhasilla..makanan kat bawah nie..kek coklat moist nie anak dara ku yang putar manual (mixer rosak )..lepas bakar dan masak ..aku yang sudahkan dengan menuang ganache..kat atas kek tu.... Pastu buat sherperd pai...1st time try masak nie...hasilnya membanggakan juga..



Sherperd Pie
Bahan-bahan yang diperlukan 700gm kentang – direbus & dilenyek 2 sudu besar marjerin cair 50 gm parutan keju cheddar 3 sudu besar susu cair garam & lada sulah Inti Daging 1 labu bawang besar- dicincang halus 1 sd besar merjerin 300 gm daging kisar 150 gm sayur campur (mix vege) 1 tin tomato prego @ buat tomato 4 biji yg dicelur dan dibuang kulit dan dikisar 2 sd besar sos tomato (botol) ½ sd besar tepung gandum 1 sd besar herba campuran garam , lada sulah, parutan keju untuk taburan (tapi stok keju xder so x letak..)

1. Inti : Panaskan marjerin tumis bawang hingg naik bau masukkan daging kisar masak hingga berubah warna sikit. Masukkan tepung gandum,sayur campur,sos tomato & tomato kisar. Renehkan sekejap. Masukkan herba campuran dan perasakan garam & lada sulah.
2. Masukkan inti daging kedalam bekas tahan panas, ratakan.
3. Ubi kentang yg direbus..hendaklah dilenyek masa panas2 masukkan marjerin cair,susu dan parutan keju, garam & lada sulah kacau hingga sebati.
4. Masukkan dalam bekas inti tadi dan ratakan taburkan parutan keju & herba campuran..
5. Bakar selama 30-35 minit suhu 200C..masakkan hingga permukaan nmpk keperangan.

Thursday, December 13, 2012

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin"

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.  

Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin. Ariel Sharon kini masih koma dan tidak sedarkan diri sejak diserang angin ahmar pada 4 Januari 2006.

Dia adalah bekas Perdana Menteri Israel . Bagi Israel , ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel .

Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel . “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.

Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.

Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir. Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza.

Friday, December 7, 2012

Kisah Jam Tangan



Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

 Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut,
" Pakcik, pukul berapa sekarang?" Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan.

Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali.

Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya. Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? "

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya.
 Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.

Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? , SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!

Thursday, December 6, 2012

Jangan Cepat Menilai


Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita mudah sekali menilai orang lain, dengan sekali pertemuan kita mudah sekali melabel orang itu dan ini, sedangkan tidakkah ketika kita bertemu orang yang kita labelkan sombong itu sebenarnya tidak begitu, orang yang kita labelkan pendiam adalah sebaliknya.

Kita harus memahami dengan umur yang Allah s.w.t berikan ini kita sebenarnya masih belum mengenali diri kita sendiri, justeru itu bagaimana pula dengan waktu yang singkat kita boleh menilai orang lain. Penilaian kita terkadang hanyalah sebuah refleksi dari paradigma kita sendiri dan bukanlah satu realiti.

Maka yang paling layak membuat penilaian ialah Allah s.w.t, Dia bukan sahaja mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh manusia malah apa yang difikirkan termasuk segalanya yang ada dalam naluri manusia yang kadangkala tidak kita sedari.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” ( Surah Qaf : 16 )

Maka dalam ajaran Islam kita tidak dianjur untuk menilai seseorang, berprasangka dan membuat tohmahan dan sebagainya tetapi diajar kepada untuk membuat muhasabah terhadap diri sendiri supaya kita dapat mengenali sebenarnya potensi fitrah kita.

Sumber : fairlady.shania

Tuesday, December 4, 2012

Buah & Sayur yang Comel

              Someone had time on their hands. They also have a very good imagination.
 

Petua nak Hapuskan Lipas

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
> Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
> Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
> Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah. Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun: > Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
> Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. > Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

> MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN >
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
> Selalu cuci bilik air
> Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
> Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
> Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
> Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk.

Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. > 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum.

Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
> Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
> Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini. Mengurangkan lebuhraya lipas
> Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. > Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
> Begitu juga di ceiling. Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.

> Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
> Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
>>> Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
>>> Dua bahagian tepung gandum
>>> Satu bahagian koko
>>> Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau.
Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
>>> Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. >>> BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!! >

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Monday, December 3, 2012

Membongkar Rahsia Budu

Walaupun sekarang heboh dengan durian... di mana-mana ade je stall durian....blog2 masakan pun asyik tayang durian crepe.....tapi hari nie nak citer pasal rahsia budu ....banyak rahsia budu nie rupanye selama nie tau makan jer..sekadar info untuk dikongsi bersama2....so saper yang x pernah makan budu tu leh cuba makan la..

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
 
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
 
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif sep erti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
 
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
 
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sep erti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) .
 
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
 
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) sep erti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sep iring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



Ni rupa botol budu yang dipinjam dari google
yang ni siap untuk dimakan..ermm dap dap..!!

Friday, November 30, 2012

How Maybank2u has served you with its products and services .

"How Maybank2u has served you with its products and services "kalau dalam bahasa melayu aku translate sendirila lebih kurang bunyinya macam nie la kot…??

Bagaimana Maybank2u telah berkhidmat dengan produk dan perkhidmatan mereka kepada anda


Apa yang aku tahu tentang Maybank nie yang ade logo rimau mengaum yang color kuning tu..(bukan harimau malaya pasukan bola tu) dan singkatan namanya dari Malayan Banking Berhad. Memang popular bank ni merata ada seluruh Malaysia nie ceria sungguh dengan logo kuning tu yang berkhidmat menjaga, menyimpan dan memberi pinjam RM pada pelanggannya.


 
Maybank buat contest lagi..??? ye kali nie maybank2u yang buat ‘contest’ …masa Maybank buat ‘contest’ untuk tiket pergi legoland dah terlepas tapi kali nie try nasib untuk ‘contest’ dengan hadiahnya tablet Asus Nexus pula.( Teringin sangat hendak memiliki tablet…asyik berangan jer.)





Memang bagus la Maybank selalu jer buat contest (walaupun tak pernah sekali pun menang) macam2 event ada…hadiah pula semua mengancam2 jer.

 
  






Walaupun… bila kira-kira baru je jadi pengguna Maybank2u namun aku bangga dengan perkhidmatannya yang terbaik… terutama untuk urusan harian dan bayaran bil tiap tiap bulan. (sebenarnya buka account maybank dah lama masa tahun 1992 lagi masa tu keje kat menara Maybank tapi bukan keje dengan Maybank ..syarikat yang aku keje tu sewa pejabat kat bangunan maybank tu) Sememangnya semenjak adanya maybank2u nie segala urusan dihujung jari saja…. tak perlulah kena beratur dan keluar nak buat bayaran bil… duduk jer depan komputer dengan satu urusan ..amboi..senangnyer.




Ni nak cite pasal kad maybank lak (lari tajuk ke nie..sebab tajuk kat atas tu nak cite pasal maybank2u)…tentang kelebihan kad debit maybank, bila urgent nak beli barang tiba2 entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Ermmm inilah masanya untuk menunjuk2 kad debit maybank depan cashier lagipun tak perlu la bawa cash sampai tebal dompet duit tu..namun pastikan adalah balance yang cukup sebelum transaksi yer.



Tetapi seandainya bila dah emergency sangat tu cash pun xder kad debit pun x cukup balance…kad kredit maybank kan ade..tapi yang pastikan bayaran tiap-tiap bulan lancar..jangan tertunggak-tunggak. Bila sampai masa dah dapat statement jangan lewat-lewatkan masa bayaran jangan pula buat bayaran minima sangat biarla utang credit tu cepat sikit abis (ingatan untuk diri sendiri gak)..lepas tu boleh maybank tambahkan nilai credit lagi he he…dan jangan lupa treatspoint kalau dah banyak sangat tu cepat2 la redeem..macam-macam barang ada..untuk diredeem..







Bagi pengguna Zing card TNG…ni lagi tak perlu nak stop add nilai TNG…bila dah abis guna sampai RM50..automatik nilai anda akan ditambahkan pada RM100…jangan risau anda boleh bayar kemudian tunggu je bil sampai jer nanti.

 
 


Berbalik cite pasal maybank2u pula..kelebihan maybank2u nie adalah paling utama mudahkan perbankan bagi sesiapa ada internet dan komputer ( majoriti orang kat malaysia ni mesti ade komputer)..macam-macam transaksi ada paling terbaru Tabung Haji ..(best aku suka) dan info2 pasal bank pun banyak..secure banking bagus..so far transaksi memang xder masalah(x taula maybank2u guna system aper aku bukan terror pasal system2 PC) dan aku perasan perniagaan online banyak yang guna maybank..nie sebab system maybank2 u nie memang mesra pengguna…he he..walaupun x leh berkata-kata.

Tak tau la macam banyak pula melalut kat sini...WALAUBAGAIMANPUN aku nak sangat menang tablet Asus Nexus tu.................saya akhiri dengan ribuan terimakasih  buat......dulu sekarang dan selamanya ku setia bersamamu….(wah ayat power nie ke skema ???)
 
Terimakasih...Maybank.

Thursday, November 29, 2012

Keajaiban Nombor Di Dalam Al Qur'an

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Sumber :email.

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan .

Wednesday, November 28, 2012

Masa tengah rajin...dan akhirnya tertunai juga.

Minggu lepas kerajinan telah merasuk..terhasilla kuih2 kat bawah nie..dah paling teruja sekali masa nak buat Durian Crepe..akhirnye tertunai juga hasrat dihati ni..menjadi juga dengan cubaan pertama..masih kurang puas hati disebabkan sifat tamak telah merosakkan kejadian durian crepe tersebut...tu la sape suruh letak banyak sangat whiping cream kan dah susah nak bungkus dah lebar jer rupanye x comel langsung....

Lihat hasil Durian Crepe..rasanye kesedapannye memang terbaik...harus dibuat sekali lagi nie..resepi Durian Crepe nie dipinjam dari Masam Manis..

 
Yang kat atas nie pula kuih gulung atau kuih dadar..ada yang panggil kuih ketayap ( nape la letak ketayap xde rupa ketayap pun??) Resepi kuih gulung dipinjam dari My Resepi..senang jer

KUIH GULUNG ( sumber My Resepi)
Bahan-bahan ( 10 biji ) 2 cawan tepung gandum 2 cawan air pandan (kisaran beberapa helai daun pandan dan air) 1 sdb santan pekat 1/2 sdt garam 1 sdt esen vanila 2 sdb minyak masak 1/2 sdt pewarna hijau (boleh pelbagaikan warna lain) Bahan Inti 1 cawan kelapa parut 1 cawan gula merah 1/2 cawan air 1/2 sdt garam

Cara-caranye
  1. Untuk inti, campurkan semua bahan ke dalam kuali dan masakkan dengan api sederhana sehingga sebati dan lembap. Kurangkan sukatan gula merah kalau ingin kurang manis

2. Untuk kulit, bancuh semua bahan-bahan sehingga rata. Adunan akan lebih cair daripada adunan cucur 3. Leserkan minyak rata ke dalam kuali . Bila panas, tuangkan 1 senduk (sup) adunan dan leserkan nipis (atau goyangkan kuali) 4. Terbalikkan kulit bila sebelah atas tiada gelembung cair (masak) dan tunggu sebelah lagi masak 5. Letak inti. Lipat kiri dan kanan kulit sebelum menggulung. Siap 6. *Adunan untuk kulit memang tak letak telur sebab dah ada santan


 
Yang nie roti jala ..tempahan ofismate..utk jamuan kecil-kecilan..50 pcs jer..subuh2 juga dah mula menjala..konon nak buat dwi warna...namun masa telah membantutkan  hasrat tersebut.

Tuesday, November 27, 2012

Dulu & Sekarang

Banyak betul perubahan dulu &sekarang....masa berlalu zaman berubah...

 
 
 

Thursday, November 22, 2012

Penafian..."kami tidak salurkan dana pada Israel"





Gara-gara takut diboikot, McD Malaysia hari ini mengeluarkan "Notis Segera" menafikan mereka menyalurkan dana kepada rejim Israel.
Ada 2 persoalan di sini.

Mereka menekankan bahawa McD Malaysia ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, tetapi semua tahu franchisee ini berdaftar dengan mereka. McD akan menyewakan kedai McD yang mereka sewa daripada pemilik kedai dengan harga ‘mark up’ sebanyak 40%. Contohnya jika McD sewa USD600/sebulan, jadinya franchisee pula kena sewa pada McDonald dengan harga sewa USD840/sebulan.

Betullah franchisee McD Malaysia cakap diorang tak salur dana pada rejim Israel, tapi franchisor mereka di US tu boleh gerenti ke mereka pun tak terlibat?.

Kedua, sebenarnya McD tidak perlu risau dengan 'boikot' ini pun kerana rakyat Malaysia tidak akan boikot lama sangat. Paling lama pun 40 hari, lepas tu mereka akan lupa dan makan McD balik.

Posted by author faethal .

Wednesday, November 21, 2012

Bila Lampu Isyarat Rosak...

Ini la fenomena  yang berlaku bila 'traffic light' kat Malaysia nie rosak....geram betul ....bila dah tersangkut kat jalan macam nie ...heran betul semua kete nak jalan serentak...
pastu dah tersekat kat tengah2 tu...aduih...tak tau la sikap pemandu....kat Malaysia nie sume tak nak mengalah..



 
Tengok tu masing2 berebut2 tau la sume nak gi keje..tapi adalah timbang rasa sikit..row nie tak dapat jalan..geram betul..kat 20 minit baru dapat gerak sikit...aduih 





 

Friday, November 16, 2012

Sebak dan Menangis Lapor Kekejaman Di Syria

Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya’ yang ditembak oleh Rejim Bashar.




Ayah Muhammad Dhiya’ menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itutidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam.


Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintah yang zalim.

Friday, November 9, 2012

Kisah seorang pendayung & professor

Kisah seorang professor dan pengayuh sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan.

Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi:
“Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” .

Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum.
Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Hanya Di Malaysia...

Rasanya ade ke benda2 nie kat negara selain malaysia...ermmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.