Thursday, September 20, 2012

Roti Jala 2 cara...

Roti Jala...1

Yang kat atas ni roti jala guna acuan yang biasa2 tu...Masa jamuan raya kat ofc bawa roti jala...tapi x sempat nak guna acuan 3 muncung tu sebab nak cepat..pastu masa..kenduri arwah + jamuan raya kat umah mak..gunala acuan 3 muncung.. then guna 2 color..oren & kuning tapi yg oren tu x terang sangat la..hasil roti jala memang nampak menarik...lain kali nak try color yg contra sikit la..tapi takut xder yg makan lak..he he


                Roti Jala ..2

Wednesday, September 19, 2012

Kisah Seorang Penjual telur dan pelanggannya

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur.

Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya. “Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?”, tanya pelanggan kepada penjual telur sambil menunjukkan genggaman tangannya.

Cuba teka, apa yang ada didalam genggamanku ini...?

“Cuba berikan aku bayangannya”,pinta si penjual telur.

“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.

“Tips lain?”, tanya penjual telur.

“Warnanya seperti telur juga.”

“Bayangan lain?”, rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup lagi?”

“Baiklah, jika ia dimasak rasanya seperti telur.

Isi kandungannya adalah cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila dipanaskan ia akan berubah menjadi pepejal.

” Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolonglah berikan lagi pembayang atau tips yang lebih details lagi.”

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!”

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit dengan yakin, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”

“Laa ish ish ish”. Pelanggan menggeleng-gelengkan kepada. Lantas membuka genggamannya…
Yaaa, ia adalah sebiji telur! Telur yang si penjual telur tu jual.

Apa pengajaran dari cerita ini ?: Kita sebenarnya seringkali menjadi “BUTA” dan terlepas pandang dengan apa yang terlalu hampir atau dekat dengan diri kita. Sedar atau tidak, kita selalu meminggirkan dan mengabaikan orang yang paling hampir dengan kita. Kita hanya akan sedar kehilangannya apabila orang itu telah tiada di sisi. Memang benar, sesuatu perkara itu kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaannya bukan kerana jauhnya ia, tetapi kerana terlalu dekatnya ia dengan kita. Justeru, kita sewajarnya sentiasa menghargai dengan apa yang ada disekeliling kita.

Sumber Artikel : Majalah Solusi

Thursday, September 13, 2012

Pot Luck...Jamuan Raya@Ofis

Semalam..ade jamuan raya..staff2 melayu bawa pot luck...bila dah kumpul macam-macam menu ader..masing2 nak tunjuk bakat masak la nie..he he..

            Nie la pot luck...yg dah dikumpul...penuh meja..makan sampai dinner tue..
 
 
 
 RVC tu pun ofismate yg buat ...sedapp...
 
 
 
Ofis mate nie org kalete..mmg sedap nasi kerabu die
 
 
Roti jala & kari ayam..hasil menjala dari pukul 5 pagi...
 

Satey nie je yang kami order...the rest masak sendiri...ramai rupanyer chef  kat  ofis nie..ermm
                                        
 
 
 




       Tengok tu...banyak dah tangan tangan....masing2 dok fikir mane satu nak terjah..he he

 

Resume macam nie pun ade... :D

RESUME

Name: Ah Mei
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong City: Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature : Can I use chop?


Friday, September 7, 2012

Emmm..siapa salah yer..lawak2

Hehehe... Cuba fikir... Siapa yang salah? Muthu atau orang yang bertanya sebab semua jawapan Muthu tu betul. Kan? Cuma bukan macam yang diharapkan oleh orang yang bertanya


Muthu & THE INTERVIEWER* Interviewer: 'What is your birth date?' Muthu : '13th October.' Interviewer : 'Which year?' Muthu : 'Every year.

' ***** *MUTHU & HIS MANAGER* The Manager asked Muthu at an interview... . 'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?' Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'

***** *MUTHU & LONDON TRIP* After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look like a foreigner?' Wife: 'No! Why?' Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. . that's why.' Wife : ?????????

***** *MUTHU & TOURIST* A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village... Muthu said , 'No sir, only babies were born here.'

***** *MUTHU & HIS EXPERIMENT* Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!' The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked. Then he cut off the third leg and did the same. Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk! But the cockroach didn't walk. Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

***** *MUTHU & DRIVER* When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror. Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'

Thursday, September 6, 2012

Rahsia & Hikmah 5 Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Rahsia 5 jari - renung2kanlah...

Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinyasudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?

Sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN.

Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan! Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat .

Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Wednesday, September 5, 2012

Giveaway...umiyumi





Dok usha2 blog orang terjumpa blog umi nie..macam menarik..dah 8 kali buat GA...baru 1st time nak try masuk GA nie...cantik kuali tefal..tu manalatau ade rezeki ..he he try gak join blog umiyumi2 nie..
http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

Monday, September 3, 2012

Istimewanya Wanita...


Allah S.W.T berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.


Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Seorang Isteri Yang TIDAK Bekerja.....



Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

Kiriman Sahabat


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.