Friday, December 20, 2013

Gula-Gula Terkini

 

P/S..untungla sesapa yang dapat gegula nie.."lembut hati" pula bila dah dapat gegula nie.

Tuesday, December 17, 2013

Xnak Bayar Tol..Guna Jalan Biasa!!!!

 
 
 
 

P/S : Teka-Teki
S: Apa plaza yang paling bodoh??
J: Plaza TOL..dahlah mahal tak boleh nak shopping lak :)

Friday, December 6, 2013

Musim Banjir Di Malaysia



P/S ** Menghadapi arus kenaikan harga barangan, sebolehnya elakkan pembelian tidak terancang. Belilah hanya barang-barang yang benar-benar diperlukan...perlu berjimat....tapi bila dilihat dan dikajikan semula tak tahu nak berjimat dari segi mana???
Yang naik semua keperluan....sabar je la...!!!

Thursday, December 5, 2013

Segmen "Aku Blogger Malaysia"

Jom kita berkenalan dengan blogger-blogger lain…
Berminat nak join pegi kat sini…
http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html

SYARAT_SYARAT SEGMEN :
i. follow blog boe (botak-gambus.blogspot.com)

ii.copy banner then buat satu entri mengenai segmen ini
iii.tinggalkan komen dengan meletakkan link blog anda ( yg mengandungi segmen)
iv.Segmen bermula 29 November 2013 sehingga 9 Disember 2013 .



Fakta menarik dan pelik...:)


Perkara yang benar dan nyata mungkin ada yang dah baca..mungkin ada yang belum,jadi jom baca fakta nie..

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

Friday, November 29, 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

 
Syarat-syarat penyertaan:



1. Terbuka kepada blogger yang ada alamat di Malaysia sahaja.

2. Anda mestilah follower blog kakni; goncar.blogspot.com

*UPDATE* 3. Like FB page KakNi; KakNi Shoppe (preferable) atau pd yg tiada FB, FOLLOW blog Kakni Shoppe di goncar-mall.blogspot.com

4. Letakkan banner di atas di dalam entry penyertaan anda

5. Letak tajuk Mini GA KakNi Edisi Tupperware di dalam entry penyertaan anda

6. Letak link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini

7. Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013




Nak tgk hadiah2nya boleh ke SINI


Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm s***!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni.

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

P/S : lelaki2 dan perempuan2 jangan sentap dan marah2 yer..maybe bukan sume macam tu..namun inilah realiti kehidupan kita..:)
                                                         gambar hiasan...:)

Wednesday, November 13, 2013

Ganas la bini die nie...

Isteri Pukul Suami Sebab Tak Beli Sarapan.

KAJANG – Sepuluh jahitan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan. Itu akibat terpaksa ditanggung seorang pengawal keselamatan apabila dihentak dengan batu dan dipukul menggunakan kayu oleh isterinya sendiri. Puncanya, hanya disebabkan lelaki terbabit yang berusia 29 tahun terlupa membeli makanan untuk juadah sarapan sebagaimana disuruh isterinya itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi Selasa lalu di lokasi mangsa bertugas iaitu di pondok kawalan sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, di sini. Sumber polis berkata, sebelum itu, ketika mangsa mahu keluar rumah untuk bekerja, isterinya yang berusia 25 tahun berpesan supaya dibelikan makanan untuk sarapan. “Bagaimanapun, mangsa terlupa pesanan isterinya itu dan terus ke tempat kerja yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka,” katanya. Menurutnya, tidak lama selepas itu wanita berkenaan datang ke pondok kawalan tempat suaminya bertugas dengan menaiki motosikal. “Sebaik saja wanita itu turun dari motosikal, mangsa menghampirinya untuk bertanya tujuan kedatangan ke situ, namun belum sempat lelaki itu bertanya, suspek menumbuk mukanya beberapa kali. “Mangsa tidak membalas pukulan isterinya dan hanya berulang-kali meminta penjelasan. Dengan marah suspek memberitahu dia tidak puas hati kerana mangsa tidak membelikan sarapan sebagaimana diminta,” katanya. Sumber itu berkata, di sebalik usaha mangsa untuk menenangkan dan meminta suspek bersabar, wanita itu bertindak lebih agresif dengan menendang pula badan suaminya. Menurutnya, amukan wanita terbabit tidak berakhir di situ kerana dia kemudian mengambil kayu di kawasan berhampiran dan memukul badan mangsa. “Selepas dipukul beberapa kali, mangsa merampas kayu daripada isterinya, namun tindakan itu menambahkan kemarahan suspek yang kemudian mengambil batu dan menghentak kepala mangsa. “Akibat hentakan itu, mangsa pengsan, manakala suspek yang panik terus melarikan diri daripada lokasi kejadian,” katanya. Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Kajang, di sini, untuk mendapatkan rawatan oleh rakan sekerjanya dan menerima 10 jahitan di kepala, selain ditahan di wad. Sumber itu berkata, sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital petang, kelmarin mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini. “Dalam laporan dibuatnya, lelaki itu mendakwa dia memang sering dibelasah isterinya itu biarpun hanya melakukan kesalahan kecil sejak lebih setahun lalu. “Mangsa berkata, dia memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas isterinya kerana sudah tidak tahan dikasari selain bimbang kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan,” katanya. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan setakat ini belum ada tangkapan dilakukan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

** Mak Aaiii...baru tak dapat sarapan dah meroyan macam nie..memang ganas!!

    GAMBAR HIASAN CUMA


Friday, November 8, 2013

Stesen Minyak Kantoi Menipu






Sudahlah harga minyak mahal ekoran kenaikan harga dua kupang oleh kerajaan , ada pulak stesen minyak yang menipu pelanggan dengan mengubahsuai pam minyak .. Tapi tak boleh cakap kuat sangat sebab nanti ada macai kata kalau tak suka boleh keluar dari Malaysia atau Menteri kata jangan naik kereta .. hehe
Pernah tak anda mengalami situasi di mana isi minyak di stesen jenama A kadar minyaknya lebih berbanding stesen minyak jenama B. Cuba perhatikan ketika kita nak isi minyak, mula-mula tekan pam apa keluar ..? Minyak ke angin ..? Berapa sen dah'hilang' kat situ ..?!

Kes penipuan stesen minyak yang dilaporkan media dikesan di negeri Perak. Isi RM100 sepatutnya dapat lebih kurang 70 liter, tapi stesen ubahsuai jadi 65 liter sahaja ..

IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja. Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu. Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd. Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri. Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin. Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api. “Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam. Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd. “Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat. “Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Korang dah check jumlah minyak korang ..? Sama dengan harga ..?

Thursday, October 24, 2013

Pengaruh Korea...:)

Tak tahu surat nie betul ke atau saja direka untuk bahan jenaka..tapi kalau betul..hebat betul penangan  Korea nie..

PAJERO Terhumban Ke Dalam Sungai

JITRA, 21 Okt (Bernama) -- Seorang juruteknik awam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dinaikinya terhumban ke dalam sungai ketika mengelak seorang kanak-kanak yang melintas jalan di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini hari ini.
Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44.
Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam sungai. Rakan mangsa, Mohd Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata beliau dimaklumkan bahawa rakannya dan pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada kereta dan cuba berpaut pada Pajero itu tetapi air sungai deras menyebabkan mereka dibawa arus.
Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba menyelamatkan Wan Mohd Azri tetapi air deras yang disebabkan hujan menggagalkan usaha itu. "Dia tak tahu berenang jadi orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan menghulurkan buluh, tetapi dia gagal untuk berpaut," katanya. Ketua Operasi Balai Bomba Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.59 pagi dan sebuah bot dengan tujuh anggota dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat. "Unit skuba juga telah dipanggil untuk membantu mencari mangsa kerana kami bimbang mangsa ditindih oleh kenderaan yang dinaikinya.
Kami juga telah minta kerjasama pihak Mada untuk menutup saliran air dari pintu B dan C sepanjang tiga kilometer bagi mengesan mangsa. "Kira-kira pukul empat petang tadi, kenderaan Pajero yang terhumban ke dalam sungai telah dijumpai kira-kira 100 meter daripada tempat kejadian tetapi mangsa belum dijumpai. Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan disambung semula esok," katanya. Pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.

**  Pertama, kenapa nak biarkan budak berkeliaran di jalanraya.
     Kedua, harus awas dan perlahankan kenderaan di kawasan kampong berdekatan.

Thursday, October 17, 2013

Lelaki Boroi itu Seksi????

     Ramaila lelaki yang nak boroi lepas ni...he he


Thursday, October 10, 2013

Renungan


By Ustaz Zahazan Mohamed via Prof Dr Muhaya

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? - Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut kerana utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Tuesday, October 8, 2013

Kasih Kakak Terhadap Adiknya..Mampu kah kita??




Beberapa Gambar Mengenai Seorang Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah Tersebar Luas.

Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Ini.
Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.

Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang Town, Hunan, China.

Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka.
Oleh Yang Demikian, Si Kakak Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.

Alangkah Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan.

Sesungguhnya, Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu Ni’mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N’mat Tersebut Apabila Ia Hilang Ditarik Tuhan..

Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri Ni’mat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.

Friday, October 4, 2013

SUSULAN DARI KENAIKAN HARGA ROKOK

ROKOK YANG BUAT ORANG BERHENTI MEROKOK? BIOR BETUI!

Buatle apapun. Kalau naik harga, perokok akan kurangkan perbelanjaan benda lain untuk dapatkan rokok. Kalau diharamkan, perokok akan cari di pasaran gelap. Jadi rokok tetap dicintai oleh golongan tertentu.

Sebelum makan starternya rokok. Selepas makan dessertnya rokok. Sebelum ambik air sembahyang, mula dengn rokok. Selepas solat hisap rokok. Dengan awek merokok. Depan isteri merokok. Bersama anak merokok. Dengan taikpun merokok.


Tapi, kata facebooker ini, rokok yang ada gambar macam ini pasti akan mengurangkan bilangan perokok


TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...


Posted by Yong

Wednesday, September 25, 2013

Fakta Tentang Tidur


Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurangtidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri.
Jadi?
Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi.

Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa. Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur.

Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung.

Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune.

Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue. ·

Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

·Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

· Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. ·

Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
· Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

· Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

· Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

· Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. · Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.

· Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.

· Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.

  · Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.

· Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

· Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?

1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman

3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.

4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

Monday, September 23, 2013

Rombongan "che kiah"@Langkawi (Part 2)

Selepas merehatkan badan kat bilik hotel..kekawan ajak rounding Pekan Kuah Nak pergi Pasar Malam..kononnye...dok jalan2 x jumpa2 gak..pasara malam udahnyer jumpa downtown...ramai jual baju jer kat sini..kaki dah penat singgah pekena laksa jap..kat gerai downtown nie..sedap laksanya..


Esoknye...jam 8.00 pagi breakfast dulu kat hotel...turun lambat ramai lak orang...8.30 bus dah sampai..itinerary ari nie..nak pegi Chenang..naik Cable Car...aku nie sebenarnya gayat..tapi nak merasa gak camne naik cable car tinggi2 tu..Ramai betul orang nak naik cable car..panjang betul Q..rasanya masa beratur pun dah ambil masa 1/2 jam rasanya...


 
 
 
Muka ceria jer masing2 padahal sume gayat..:)
 


 


                                                          Indah nya ciptaan Allah.


Lepas habis naik cable car..plan seterusnya pegi lunch..sebab time turun dari Gunung Mat Cincang tu..pun dah pukul 11.30..cepat betul masa berlalu..tapi Pak Lah kata singgah kat Padang Matsirat dulu ..tempat beras terbakar..wahhh!!!! banyak nyer beras..ha ha. ha dok bayangkan ada beras yang banyak...sesampai nyer berasnyer adela banyak nie..udahla panas masa nie..rasa terbakar lak tengok beras nie he he....




Cantiklak tangga rumah sebelah tempat beras terbakar nie




 Sibuk gak nak bergambar kat depan tangga nie.walaupun panas dah cuaca masa nie..


Pak Lah kata..nak bawa kami makan kat Kak Yan Ikan Bakar nama restoran tu..dulu gerai kecil jer..tapi sekarang dah updated..sesampai jer..lauk pauk sudah abis la..cuma tinggal sayur taugeh goreng, ulam, ikan pari bakar ..makan jer ape yg ada..xder pilihan pun...nasi baik la sedap..

Dah kenyang makan Pak Lah nak bawa kami ke Makam Mahsuri...tapi majoriti xnak pegi..plan pun tukar..Pak Lah bawa kami ke Pantai Pasir Hitam pula..








 
Pasir memang hitam tapi halus...
 
 


         Sejarah  terjadinya Pantai Pasir Hitam


Dah abis rounding kat Pantai Pasir Hitam nie..kami singgah di Galeri Perdana tempat dimana Tun Mahathir menyimpan hadiah-hadiah selepas dia jadi Perdana Menteri..aduiihh banyaknya hadiah die sampai boleh buka Galeri..



Banyak2 hadiah Tun ini yang paling aku suka..he he   emas tulen ko..




Bahtera nie pun ade yang bagi ...besar tu...





Dah abis pusing Galeri..  Pak Lah bawa kami ke Pekan Kuah..kedai Haji Ismail Group..okla nie kedai lama..tapi banyak gak kedai lain seangkatan macam kedai tu..jalan2 je kat dalam tu...x beli ape pun..sebab susunan barang x macam kat Idaman Suri tersusun.x menarik perhatian..

Jam pun dah kul 5 petang...Pak Lah bawa kami ke Dataran Lang..kat sini sekejap je turun ambil gambar helang tu 2 3 keping...pastu balik hotel..malam..dinner kat Restoran Wan Thai..lupa nak snap pic..kat sini..okla makanannye sedap sikit dari buffet kat hotel semalam..




Okla sudah abis percutian kami di Langkawi..esoknya kami check out awal..kul 8.00 pagi..sebab nak kejar Jetty ke Kuala Perlis..memang ramai ..kul 12.00 baru sampai kat Kuala Perlis..perjalanan balik Ke Subang Jaya di teruskan..udahnya pukul 11 malam baru sampai umah.

Friday, September 20, 2013

Rombongan "che kiah"@Langkawi (Part 1)



Cuti 3 hari yang lepas 13/9/2013 -16/9/2013 ....join rombongan ofis gi Langkawi..check out dari Subang Jaya hari Jumaat@9.30 malam..jalan memang jam sepanjang NKVE bumper to bumper ...R&R x payah citer..sume sesak jer..berenti rilex jap kat Bukit Gantang dalam pukul 2.30 pagi..perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Perlis sebab nak naik Feri dari sana..jam 6.30pagi ngam2 sampai jeti...
 
Aduih mak ooi..punyer la ramai umat...nasib baik tiket feri dah siap booked..cuma ambil je kat kaunter tapi itu pun kelam kabut..lebih kurang 7.30 pagi..naik Feri..ambil masa 1 jam lebih baru sampai Langkawi..dalam kekalutan kat Jeti tadi x sempat langsung nak snap pic..sempat ambil pun bila dah sampai langkawi..


 
Lebih kurang jam 8.30 pagi sampai di Jeti Langkawi akhirnya..1st time nie..he he malunye..orang dah berkali2 sampai.. ..Tour Guide dah sampai..kami panggil Pak Lah..die terus bawa kami pegi breakfast dulu..lapar oo..nasi lemak xde la..ade meehoon, nasi & lauk pauk jer..sebab perut lapar nasi..so makan nasi lauk daging masak kicap..ko macam lunch..kenyang alhamdullilah...:)
 
Pak Lah terus bawa kami ke kedai Gamat Nusantara..replika botol gamat besar ko...siap celup tangan dalam minyak gamat mendidih lagi..nampak mendidih memang ngeri nak celup jari..tapi bila dah celup ok jer macam celup dalam air panas jer..
 
 
 
 
 


                                                          Tongkat Ali pun ..he hee
 
Jangan pulang tanpanya..so aku pun pulang tanpa tangan kosong belila 1 dozen minyak gamat nie..:)
 
 
Lepas dah abis kat kedai Gamat nie..Pak Lah bawa kami ke Kedai Kain Batik lak..seberang jalan jer..tapi aku x beli ape..so mmg x snap pic pun..lagipun hujan lak masa nie..aku dok lepak dalam bas jer..

Perjalanan diteruskan ke tempat yang diidamkan oleh kaum hawa..IDAMAN SURI namanya.



Memang tempat nie syurga bagi wanita yang suka menambah koleksi pinggan mangkuk...aku pun terpegun..harganya dan kualiti memang berpatutan..

 
Memang ramai walaupun baru pukul 11am orang dah ramai  dok shopping kat sini..aku tak dok lama kat dalam nie..maklumla kaca , gelas...klu terpecah naya..beli ape yang ternampak cantik..dan berkenan jer..
 
 
 
 
Tengok kakak nie...sampai tetido penat shopping nie..... perrgh banyak tu..
( nie bukan ahli rombongan 'che kiah' aku yer)
 
Dah puas 'ahli rombongan' yang lain menyoping...Pak Lah bawa kami ke Komplek HIG ( Haji Ismail Group) kaya la Pak Haji nie..banyak cawangan die..Komplek nie baru..x banyak kedai..lagi..kat sini kita shopping coklat pula..memang banyak pilihan tapi...macam mahal la harga sebab sebelum pergi dah usha2 harga..contoh coklat Daim...sebelum nie 3 pax RM42...tapi masa kitaorang sampai..harga 3 pax RM46...mahal la ..coklat perero roche tu pun aku rasa macam mahal..lebih kurang harga kat Mydin Subang jer..
 
 
 
 
 



Lebih  kurang dalam pukul 3 pm...siap dah menyoping coklat..time to check in..gile badan dah berlengas...baju dari malam semalam membawa ke petang sabtu..perrgh macam2 bau sudah..

Kami check in di Hotel Bella Vista Spa & Resort..okla not bad...4 star kot hotel nie..

 
 
 

 
 
 
 
 
 
Ok la...sambung next post yee.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.