Wednesday, February 27, 2013

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit.
Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati. Optimis dan tidak putus asa Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.

Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Tuesday, February 19, 2013

Pasta Carbonara simple..

Masak Pasta carbonara ni masa cuti raya cina yg lepas tapi nak citer pasal celebrate besday anak bujang ku....tak belikan kek..tapi dengan rajin ye buat kek sendiri..konon kek fruitplan tapi  x lah secantik kejadian seperti di kedai2 kek tu..
Pastu gi belanja die makan kat kedai favourite kami.."tree steak" tak makan steak pun makan fish & chip jer..:)

Masa cuti raya cina lak masak pasta cabonara yang simple...sedap gak..puji sendiri..he he



Resepi Pasta Cabonara yang ringkas ....

Pasta Carbonara
sumber : myresepi
Bahan-bahan ( 4-6 orang ) ·
 .1/2 bungkus pasta (tak kisah apa jns/btk pun) ·
 .1 tin sos carbonara Prego
· Sedikit isi ayam atau daging
· Sedikit sosej · Sedikit daun parsley
· Sedikit keju · Garam secukup rasa
· Sedikit cendawan butang (jika suka)

Cara-cara 1. Rebus pasta hingga betul lembut. Toskan dan letak tepi. 2. Masakkan sos dlm periuk. Masukkan isi ayam atau daging yg telah dibersihkan. Setelah isi ayam/daging . sosej, masukkan cendawan butang, daun parsley dan keju yg telah dicincang halus. Kacau sebati hingga keju larut dlm kuah. 3. Masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah kuah siap, tuangkan dlm pasta yg telah direbus tadi. Gaul rata.

Friday, February 8, 2013

Guru Wanita Kemalangan,Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta!


Guru Wanita Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta.



Rawang – Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah. Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta -hm

LEMON : 10,000 ITEMS STRONGER THAN CHEMOTHERAPY

LEMON - 10,000 times stronger than Chemotherapy


Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/container and add drinking water will become "alkaline water",drink for the whole day, just by adding drinking water.
Take it as drinking water everyday is good for everybody.
The surprising benefits of lemon! I remain perplexed!
==============================
Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Charles Street Baltimore , MD 1201.
 
This is the latest in medicine, effective for cancer! Read carefully & you be the judge Lemon (Citrus ) is a miraculous product to kill cancer cells . It is 10,000 times stronger than chemotherapy
Why do we not know about that?Because there are laboratories interested in making asynthetic version that will bring them huge profits.You can now help a friend in need by letting him/her know that lemon juiceis beneficial in preventing the disease. Its taste is pleasant and it does not producethe horrific effects of chemotherapy.
 
How many people will die while this closely guarded secret is kept,so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires large corporations? As you know,the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes. You can eat the fruit in different ways:you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc...It is credited with many virtues, but the most interesting is the effectit produces on cysts and tumor.
 
 This plant is a proven remedy against cancers of all types. Some say it is very useful in all variants of cancer .It is considered also as an anti microbial spectrum against bacterial infections and fungi,effective against internal parasites and worms,it regulates blood pressure which is too high and an antidepressant,combats stress and nervous disorders.
 
The source of this information is fascinating:it comes from one of the largest drug manufacturers in the world,says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that :
It destroys the malignant cells in 12 cancers including colon, breast, prostate, lung and pancreas .
The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin,a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells.And what is even more astonishing: this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cellsand it does not affect healthy cells.
 
 

Thursday, February 7, 2013

10 Makanan yang menggemukkan Di Malaysia

10 Makanan yang paling menggemukkan di Malaysia. Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut?
Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak. Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?




2. Roti Canai. Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng. Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim. Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly. Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari. Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


7. Makanan bergoreng. Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis. Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut. Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis. Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan! Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil.

Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.