Friday, May 31, 2013

Duhai mata yang sedang menangis

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir di pipimu adalah anugerah Allah s.w.t. yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di mata dan di tubuhmu kemudiaan disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini matamu masih mampu menangis. Aduh! Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah meanggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah S.W.T merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya, “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Al-Isra’: 109) “Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Maryam: 58)

Duhai mata yang sedang menangis,
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuhmu. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otakmu pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis,
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Samada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Duhai mata yang sedang menangis,
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki. Ianya antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.
Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis,
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakan amal dan perubahan untuk hari esok. Tangisan kerana Allah S.W.T ketika gembira atau derita adalah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i).

Thursday, May 30, 2013

Xtiviti masak ujung minggu

Lama..betul tak entri masakan kat sini..sejak 2 menjak ni mood rajin masak tu x datang2..ni baru rajin sikit itu pun sebab nak buat buah tangan untuk kenduri makcik aritu..tidak..memang x berusikla oven kat dapur tu..



 


Tart Buah

Tart Buah Pastri
250 gm majerin, 2 biji telur merah ,1 biji telur, 600 gm tepung, 1 cawan gula halus

Marjerin & gula dipukul hingga kembang , masukkan telur kacau sehingga sebati, masukkan tepung sedikit sedikit  gaul hingga tidak melekat di dinding mangkuk adunan. Terap dengan acuan tart. Bakar  150c selama 20-25 minit.

Custard filling ( krim kastad)
1 tin susu cair, 2 tin air ,1 ½ cawan gula, 1 biji telur kuning, 1 cawan tepung kastad 
Masakkan bahan2 diatas dengan api yang perlahan sambil dikacau dengan whisk hingga pekat.


Buah-buahan ikut suka ( kat atas tu buah peach, kiwi dan anggur)

Masukkan krim kastad tadi kedalam mangkuk tart dan hias dengan buahan yang dipotong2.

--------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu tetiba rasa nak makan fish & chip buatan sendiri...pinjam resepi dari blogger juga..inila hasilnya x secanggih kat restoran la tapi sedap juga la he he...


 
 
 
Lepas teringin nak makan desert cuba pula buat creme brulee...aduih sudah hangus pula atasnya sebab terlebih bakar gula tu..tapi rasa memang sedap..





Creme Brulee Pinjam dari : Bakery 2 Embroidery
Sumber : whatscookingamerica.net
Bahan2 ( 6 bekas remekin saiz medium ) 6 biji kuning telur - dr fridge 3 tbsp gula pasir halus 1 1/2 cwn u.h.t whipping cream - dr fridge 4 tbsp gula pasir halus - tuk topping dia sedikit esen vanila

Cara2 1. Panaskn oven pd suhu 180'C & griskn remekin (xde bekas remekin guna bekas aluminium jer)
2. Pukul kuning telur hgga pekat
3. Masukkn gula & pukul lg hgga gula larut sepenuhnya
4. Masukkn u.h.t whipping cream & esen vanila. Kacau sebati
5.Tuang dlm remekin hgga 3/4 penuh. Masukkn remekin ke dlam loyang.Masukkn air panas dlm loyang hampir sama paras dgn adunan creme brulee
6.Bakar selama 30 minit. Bakar hgga bahagian tepi dh masak. Bahagian tgh mmg akan bergoyang (jiggle) sedikit bila remekin digerakkan
7. Keluarkan dr oven & biar creme brulee dlm loyang air panas hgga sejuk pd suhu bilik. Sejukkn creme brulee sekurang-kurangnya 4 jam
8. Taburkan gula pasir halus pd setiap creme brulee & bakar guna torch. Kalau xde,buat macam barefoot contessa ..taburkan gula lepas tu masukkan dalam oven guna api atas saja..bakar dalam 2 minit gitu..tapi aku terlebih bakar gula sudah hangus..pula.

Monday, May 13, 2013

KuBur MaSing MaSing...

KUBUR MASING-MASING.......... inilah ayat lazim yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan.

Friday, May 10, 2013

Ermm....petanda orang sakit mental ???




Terbaca lak artikel ni kat FB...alamak terasa gak...sebab kekadang tu suka gak buat camni....tapi  ramai sangat suka buat camni rasanya..maklumla kehadiran pelbagai gadjet sekarang nie.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.