Thursday, October 24, 2013

Pengaruh Korea...:)

Tak tahu surat nie betul ke atau saja direka untuk bahan jenaka..tapi kalau betul..hebat betul penangan  Korea nie..

PAJERO Terhumban Ke Dalam Sungai

JITRA, 21 Okt (Bernama) -- Seorang juruteknik awam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dinaikinya terhumban ke dalam sungai ketika mengelak seorang kanak-kanak yang melintas jalan di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini hari ini.
Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44.
Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam sungai. Rakan mangsa, Mohd Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata beliau dimaklumkan bahawa rakannya dan pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada kereta dan cuba berpaut pada Pajero itu tetapi air sungai deras menyebabkan mereka dibawa arus.
Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba menyelamatkan Wan Mohd Azri tetapi air deras yang disebabkan hujan menggagalkan usaha itu. "Dia tak tahu berenang jadi orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan menghulurkan buluh, tetapi dia gagal untuk berpaut," katanya. Ketua Operasi Balai Bomba Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.59 pagi dan sebuah bot dengan tujuh anggota dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat. "Unit skuba juga telah dipanggil untuk membantu mencari mangsa kerana kami bimbang mangsa ditindih oleh kenderaan yang dinaikinya.
Kami juga telah minta kerjasama pihak Mada untuk menutup saliran air dari pintu B dan C sepanjang tiga kilometer bagi mengesan mangsa. "Kira-kira pukul empat petang tadi, kenderaan Pajero yang terhumban ke dalam sungai telah dijumpai kira-kira 100 meter daripada tempat kejadian tetapi mangsa belum dijumpai. Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan disambung semula esok," katanya. Pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.

**  Pertama, kenapa nak biarkan budak berkeliaran di jalanraya.
     Kedua, harus awas dan perlahankan kenderaan di kawasan kampong berdekatan.

Thursday, October 17, 2013

Lelaki Boroi itu Seksi????

     Ramaila lelaki yang nak boroi lepas ni...he he


Thursday, October 10, 2013

Renungan


By Ustaz Zahazan Mohamed via Prof Dr Muhaya

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? - Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut kerana utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Tuesday, October 8, 2013

Kasih Kakak Terhadap Adiknya..Mampu kah kita??




Beberapa Gambar Mengenai Seorang Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah Tersebar Luas.

Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Ini.
Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.

Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang Town, Hunan, China.

Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka.
Oleh Yang Demikian, Si Kakak Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.

Alangkah Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan.

Sesungguhnya, Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu Ni’mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N’mat Tersebut Apabila Ia Hilang Ditarik Tuhan..

Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri Ni’mat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.

Friday, October 4, 2013

SUSULAN DARI KENAIKAN HARGA ROKOK

ROKOK YANG BUAT ORANG BERHENTI MEROKOK? BIOR BETUI!

Buatle apapun. Kalau naik harga, perokok akan kurangkan perbelanjaan benda lain untuk dapatkan rokok. Kalau diharamkan, perokok akan cari di pasaran gelap. Jadi rokok tetap dicintai oleh golongan tertentu.

Sebelum makan starternya rokok. Selepas makan dessertnya rokok. Sebelum ambik air sembahyang, mula dengn rokok. Selepas solat hisap rokok. Dengan awek merokok. Depan isteri merokok. Bersama anak merokok. Dengan taikpun merokok.


Tapi, kata facebooker ini, rokok yang ada gambar macam ini pasti akan mengurangkan bilangan perokok


TIPS PALING MUJARAB DAN BERKESAN UNTUK PEROKOK TEGAR BERENTI MEROKOK...


Posted by Yong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.