Friday, September 26, 2014

Entri Terlajak..Cuti-cuti Merdeka..... Jom Ke Gambang Resort

Ini Restoran yang aku singgah makan di Hentian Rehat Gambang
 
Lepas habis makan tengahari kami teruskan perjalanan Ke Bukit Gambang Resort.. menginap kat Arabian Bay Resort ingat boleh terus check in..malangnya bilik semua tak siap lagi..so minta Resort tu bagi satu bilik dulu untuk kitaorang simpan beg2 dulu sebab nak kejar masa untuk masuk Safari Park sebab tiket valid satu hari jer.


 
 
 
Lebih kurang dalam kul 2 lebih gitu kitaorang masuk dalam SAFARI PARK ...tengok program ada 'Animal Show'jam 3.00 pm..so terus jer cari tempat show dulu..burung2 jer yang buat show nie...tapi best..bijak betul burung2 kakaktua tu.boleh mengira lak.. burung2 yang lain pun ada juga helang..bangau..show nie ambil masa 30 minit jer..
 
 
Habis jer ..terus keluar untuk lihat binatang apa yang ada..sebab pukul 4.00pm nanti ada 'Animal Show' lagi...kitaorang jalan2 dulu tengok binatang apa yang ada lagi...adalah ternampak beruang, musang... sampaila kat kawasan unta..yang mana unta ni boleh ditunggang syarat bayarla RM10..salah sorang ofismate cuba..interesting katanya..aku?? gayat tak berani tengok je bole la..
 

 
Lepas tu terus pegi ke tempat show yang lain pula..yang nie seronok sikit banyak sikit binatangnya..show nie pun ambil masa lebih kurang 40 minit juga..tengok masa dah dekat jam 5..kami terus naik tram bayar RM1.00 terus di bawa ke Wild Savanah dimana tempat binatang liar ditempatkan..mak aii.. jauh nyer berjalan..lepas tu kena tunggu tram lagi..sebab binatang liar..kan..so kena naik tram yang tertutup...nie best..patutla tiket mahal RM48 tu...binatang import semuanya..
 
 

 
Lebihkurang 6.30 pm sampai kat Lobby Arabian Resort..rupa2nya bilik kitaorang tak siap lagi daa...mak aaii..teruk management dorang nie..slow nyer..ramai orang lain yang tak dapat bilik lagi..nasib baikla group kami ada yang dapat bilik..so sementera tunggu bilik siap menumpang dulu..penat ooo..peluh x ingat masa jalan kat Safari tadi..dalam 7.30 pm baru bilik kami siap..gileer...1st time bercuti pelanggan kena tunggu berjam2 untuk check in..nama resort macam popular jee tapi....housekeeping hampeh..x cukup staff agaknya..memang la ramai yang datang bercuti..tapi kalau ambil masa berjam2 untuk check in sapa yang tak naik angin..

 
Malam sepatutnya ada 'Tarzan Show' pukul 8.00pm tapi terlepasla..sebab masuk bilik pun dah pukul 7.30 pm mana nak kejarnya..nasib baik dapat tengok 'Fire Eater Show' he he..okla..tak pernah tengok live lagi..menarik boleh bagi credit show nie..abis je show jer ingat nak diner..tapi macam tak feel nak makan nasi..so beli kebab jer..lepas tu terus jejalan di Jungle Night..ingatkan banyak binatang kat dalam nie..tidur dah sumenye..gelap pula..lampu pun samar2 jer. ada yang kami pegi kat area board kat kandang tu siap tulis " i'm on my way"...patutla kosong jer..binatang tu pergi dinner kot....lebih kurang pukul 10.00 pm keluar singgah kejap kat 'Fun Fair' di luar Caribbean Resort...ramainya orang..maklumla malam merdeka..Pukul 10 lebih gitu..sampai kat hotel oo penatnya..rehat..tidur..
 
Esoknya breakfast pukul 8.00 pagi di Coffee House..memang ramai la....makanan pun biasa2 jer..nasi lemak,mee goreng,lotong,bubur, roti canai, roti bakar, mee sup & buahan..disebabkan malam tadi tak makan nasi kan..so pekena nasi lemak la...lepas tu balik hotel balik..sebab jam 10.00 nak masuk Water Park pula...ala buang masa jer aku kat sini tak mandi pun...ramai la orang..tak selera nak mandi..he he..lepak2 kat dalam tu sampai tengahari beli burger jer untuk lunch..balik hotel aku sambung tidur..ni bercuti untuk tidur namanya..petang2 siap2 untuk ke Kuantan nak makan malam pula.


 
 
On the way ke Kuantan singgah gerai jual ikan masin & keropok..singgah la kat kedai keropok nie..teruja tengok budak kecil yang tolong kat kedai mak die baru 10 tahun petahnya memang pandai berniaga la.. Makan malam di Horizon Garden Restaurant..bole tahan gak masakan die..tak sempat nak snap picture..lapar sangat nie..lepas makan jalan-jalan kat Teluk Cempadak pula..tepi pantai..traffic jam oo..ramainya orang..jalan2 cuci mata..je kat downtown area nie..pukul 11 lebih baru sampai hotel..tidoo.
 
 Hari nie pagi pukul 8.00am breakfast dulu..pastu terus gi swimming pool..nak mandi jadila..semalam kat water park tak mandi...mandi kat kolam renang hotel ni pun jadila...  
Pukul 12.00 pm kitaorang check out..singgah makan tengahari kat hentian rehat..pastu nak singgah Bukit Kandah di Lancang ..nak tengok gajah katanya..jauh juga masuk ke dalam nie..sesampai je ramainya..tapi sayang show gajah dah tamat..patutla masa masuk tengok ramai yang dah keluar...masuk percuma jer..cuma kena register ambil sticker..masuk tengok2 gajah ambil gambar balik...sampai Subang Jaya pukul 7.30 malam tu..traffic jam sepanjang dari Bentong hinggah Tol Gombak..ooo penat pula bercuti kali nie.
 
 

Tuesday, September 9, 2014

Kek Karamel & Kek Coklat

Lama sungguh x update cerita masakan...buat kek bila mood rajin datang dah 2 3 kali juga buat seronok buat kek yang tak guna pelbagai bahan walaupun nak buatnya menuntut kesabaran (bagi aku yang agak kurang sabar nie)...tapi hasilnya sedap..

 
 
RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
(Credit to Lovely Kitchen)

Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
• 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
• Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding
 Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue  nanti) 
  • 2 biji telur 
  •  140 gram gula castor
  •  1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih
3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
• 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
• 70 gram gula castor
• 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
5. Ketepikan.
 Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek

Adunan 2:
• 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
• 130 ml air
• 50 ml minyak masak
• 70 gram gula castor
• 140 gram tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
4. Matikan mixer.
5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


                 
 
Kek Coklat Moist
 (Sumber Yati Memories / Resepi Asal  Puan Munira)
 
Bahan A :
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan susu pekat
• 1 cawan minyak masak-Yatie guna butter cair

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
• 3/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
• 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :
• 4 biji telur - diblender (Yatie pkl sebati guna whisk je)

Cara-Cara
1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kata Puan Munirah, loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap

GANACHE SIMPLE
 resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan •150gm cooking chocolate •1/4 cawan susu cair •1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
1.Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
2.Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
3.Masukkan.minyak dan kacau.
4.Biarkan seketika baru dicurah atas kek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.